fbpx
Reading:
Antara Teknik Untuk Kenalpasti Market Dah Bottom

Antara Teknik Untuk Kenalpasti Market Dah Bottom

January 20, 2022

Sebelum itu. Apakah yang dimaksudkan “Market Dah Bottom”

Market dah bottom bermaksud, sesi penjualan saham oleh pelabur-pelabur dah kurang atau hampir tamat.

Harga saham sudah berada di paras terendah atau discount price.

Namun tiada siapa mampu tahu spesifik harga terendah sesuatu saham.

Jadi, pakar analyst telah menghasilkan indicator dan teknik yang membantu mengenalpasti sesuatu saham atau pasaran sudah berada di bottom.

Ini antara teknik yang boleh membantu anda membuat keputusan pelaburan.

RSI

Ini adalah momentum indicator yang boleh memberi gambaran tentang kekuatan sesebuah pergerakan. Sebagai pelabur, kita mesti melihat dan focus kepada ‘divergence’ atau ‘RSI vs Price’ yang terhasil pada setiap kenaikan dan kejatuhan untuk memberi input yang lebih berguna.

BOLLINGER BAND

Indicator yang effective untuk mengesan kadar volatility. Kita mesti mencari fasa ‘the squeeze’ atau menguncup selepas pergerakan besar barlaku kerana fasa itu memberi isyarat yang kita sudah beradap di fasa climax dan perubahan trend mungkin berlaku.

HAMMER

Candle stick pattern yang paling kuat dan reliable untuk menandakan potensi berlakunya reversal dalam trend. Signal dari hammer akan menjadi lebih kuat sekiranya ia berlaku di ‘market bottom’ atau selepas kejatuhan yang dasyat dalam tempoh yang lama.

Related Stories

October 10, 2021

Apa Saham Bursa Yang Bakal Meletop?

November 21, 2021

Metaverse? Saham Apa Yang Akan Dapat Tempias?

Arrow-up