
APA ITU OCTOBER EFFECT? MARKET AKAN CRASH KE DI BULAN OCTOBER?
Bulan October adalah antara bulan yang paling mencabar untuk pasaran saham kerana kebanyakan market crash berlaku pada bulan October.
Dalam sejarah pasaran saham modern, Asian Financial Crisis 1998 dan US Subprime crisis 2008 adalah antara crashes yang besar berlaku di sekitar bulan October.
Kalau kita tarik belakang sikit, kita boleh jumpa crashes lain seperti Black Monday yang berlaku pada tahun 1987 dan 1929 yang telah menggoncang ekonomi dunia.
So, disebabkan sejarah ini, satu stigma negative telah tertanam pada setiap minda pelabur diseluruh dunia tentang risiko yang ada pada bulan October.
Sebenarnya, dari segi fundamental dan reality, memang langsung tiada kaitan sebab tiada benda besar pun berlaku selain dari earnings season.
Tapi, disebabkan oleh pasaran saham ini bergerak dipengaruhi oleh behaviour manusia, ia sedikit sebanyak telah memberi impact.
Terutamanya dari segi liquidity atau volume pasaran saham dunia.
So, bila liquidity berkurang dalam market di sebabkan oleh ramai pelabur staying sideline, market akan menjadi lebih vulnerable
Lebih-lebih lagi dari segi pergerakan harga dan secara tak langsung ini boleh mencetuskan panic.
Selalunya, yang akan terkesan adalah retail investors sebab diorang ni mempunyai tempoh pegangan yang pendek.
Tetapi pelabur institutional atau professional selalunya bertenang saja dan akan mengambil peluang ini untuk membeli pada harga murah.
Dalam context pelabur retail macam kita, benda yang paling penting kena tahu adalah apabila menghampiri bulan bahaya ni, kita kena lebih passive dan kurangkan pegangan dalam portfolio kita especially Option.
Tapi kalau equity boleh tenang sahaja sebab chances untuk saham tu naik balik memang tinggi pada hujung tuhun.
Untuk option, liquidity adalah satu element paling penting sebab tanpa liquidity, susah option tu nak naik.
So bila market tidak mempunyai liquidity yang cukup, delta akan berkurang dan secara tak langsung ia akan memberi kesan dari segi rate kenaikan. Contoh, saham naik tapi option masih lemau.
Bila market mencabar, kita sebenarnya tak boleh nak layan sangat sebab time tu lah macam-macam negative news akan keluar yang akan memberi kesan kepada mental dan decision making kita.
Tips paling terbaik adalah, duduk tepi dan buat tenang.
Bila market tak ready nak bagi kita duit, kita jangan lah pandai-pandai nak cuba ambil duit dari dia.
Kalau nak entry, pastikan tak lebih dari dua positions sahaja untuk test market.
Tapi untuk pegangan equity, setiap kejatuhan yang dasyat boleh menjadi peluang yang besar tetapi, pembelian hanya boleh dibuat di area support levels.