
Full scale reopening akan bermula hari ini dan kita adalah antara negara terawal di Asia yang berbuat demikian selepas mencapai kadar vaksinasi 90% untuk adult population.
Ada dua sebab kenapa Malaysia dijangka akan keluar dari pendemic lagi awal dari negara lain di Asia.
Pertama, kadar vaksinasi tinggi dan kedua nisbah orang yang telah dijangkiti dengan jumlah penduduk adalah antara yang tertinggi.
Dua faktor ini membolehkan Malaysia beralih pada fasa endemic dengan kurang risiko.
Selain Malaysia, negara India juga akan berada pada landasan yang sama.
Negara ASEAN lain seperti Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam dan Myanmar masih lagi mempunyi risiko third-wave disebabkan oleh kadar vaksinasi yang rendah.
Antara saham yang boleh mendapat tempias dari full scale reopening ini adalah AIRASIA, GENTING MALAYSIA, MAHB, PADINI, AEON.
Saham ini semua adalah saham domestic heavy dimana sebahagian besar dari revenue dijana dari pasaran domestic.
Sebagai contoh kita boleh tengok AIRASIA. Boleh kata lebih 50% dari seat capacity mereka adalah untuk pasaran domestic.
Secara tak langsung, bila kita boleh travel inter-state sudah pasti AIRASIA boleh kembali beroperasi 50-60% dari paras pre-pandemic.
AIRASIA juga bakal mengukuhkan lagi market share mereka di ASEAN selepas pandemic.
Mereka berjaya sustained dan mengharungi 2 tahun tempoh mencabar ini dengan bantuan dari capital raising exercise di pasaran saham dan juga loan dari kerajaan.
Budget airlines lain di rantau ini masih lagi struggle so, ini akan membuatkan AIRASIA lebih kehadapan.
Industri pelancongan domestik Malaysia adalah besar kalau nak dibandingkan dengan negara lain di rantau ini.
Ini kerana kita tidak mempunyai kemasukan pelancong asing yang besar seperti negara Thailand dan Spore.
Lagi satu, kita mempunyai connectivity inter-state terbaik disokong oleh rangkaian highway terbaik di rantau Asia dan domestic airport yang banyak.
So, trickle down effect yang terhasil dari kebenaran lintas negeri ni memang besar dan boleh membantu ekonomi.
Tambah pulak harga minyak sekarang ni jauh lagi tinggi dari jangkaan asal kerajaan semasa membuat budget 2021 iaitu $42/ barrel.
Setiap kenaikan $1, hasil kerajaan Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak Rm300 juta.
Harga minyak sekarang adalah $80, so cuba korang kira berapa banyak lebihan yang kerajaan akan dapat.
Benda ini adalah positive untuk pasaran saham Bursa dan ini akan memperbanyakkan kemasukan dana asing yang telah mencecah Rm2.9 billion sejak pertengahan August.
Nak tahu lebih lanjut, join remiser 911 dulu..