Pada tahun 2020 vaksin Covid-19 adalah antara commodity paling bernilai di dalam dunia.
Semua negara berebut-rebut untuk membeli vaksin sehingga jumlah permintaan jauh melebihi capacity pengeluaran.
Secara tak langsung ia telah memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada pengeluar-pengeluar vaksin Covid-19.
Harga setiap vaksin untuk setiap pembeli adalah berlainan dan ia bergantung kepada jumlah pesanan.
Tapi tak semua pengeluar vaksin mengambil kesempatan sebab ada antara mereka tidak mengambil untung satu sen pun untuk setiap penjualan vaksin atas dasar perikemanusiaan.
Dalam posting kali ni, kita nak bincangkan tentang apakah impact penjualan vaksin besar besaran ini kepada saham pengeluar vaksin Covid-19.
Antara nama-nama yang kita nak bincangkan adalah PFIZER, MODERNA, ASTRA ZANECCA, JOHNSON & JOHNSON.
SINOVAC mana? Haa SINOVAC adalah private company, sebab tu kita tak bincangkan. Tunggu dia masuk pasaran saham dulu, baru kita bincangkan SINOVAC.
PFIZER
PFIZER adalah syarikat pharmaceutical otai di US dan mereka adalah antara pengeluar pertama yang berjaya menghasilkan vaksin Covid-19.
Saham PFIZER telah melonjak sebanyak 80% since Mac 2020.
Kalau anda nak tahu, PFIZER lah antara pengeluar pertama yang mengambil keuntungan dari setiap botol vaksin yang dihasilkan dengan harga jualan $39 untuk two doses.
PFIZER adalah pengeluar terfamous dunia, so memang tak hairan lah mereka mencatatkan kenaikan profit dan saham yang padu semenjak pandemic bermula.
Dijangka PFIZER akan mengeluarkan 2 billion doses untuk tahun 2021. So, boleh kira la sendiri berapa hasil jualan tu.
Outlook untuk PFIZER memang akan terus berada pada kadar positive sehingga 2022.
MODERNA
Cambridge based company ni ditubuhkan 10 tahun lepas dan boleh kata new-comer la dalam industry pharmaceutical.
Walaupun new-comer, saham MODERNA adalah antara saham yang telah mencatatkan kenaikan paling tinggi, iaitu 1800% since March 2020.
MODERNA masuk pasaran saham pada tahun 2016 dan for the record, syarikat ini tak pernah mencatatkan keuntungan langsung semenjak ditubuhkan dan hanya mempunyai 830 kaki tangan sahaja sebelum pendemic.
Harga jualan vaksin MODERNA adalah dalam range $30 – $36 for 2 doses dan mereka juga mengambil keuntungan yang agak hansome dari setiap penjualan.
Apa yang lagi menarik adalah pada tahun 2020, MODERNA mencatatkan kerugian sebanyak -$747million.
Tetapi pada tahun 2021 dan 2022, mereka dijangka akan mencatatkan keuntungan sebanyak $3.5billion, $12.7billion, respectively.
ASTRA ZANECCA
Adalah syarikat pharmaceutical British-Swidish yang terkenal dengan ubat Tagrisso, iaitu ubat untuk Cancer.
Pada tahun 2020, mereka membuat kerja sama dengan Oxford untuk menghasilkan vaksin Covid-19.
Apa yang menarik, mereka tidak mengambil satu sen pon hasil keuntungan dari vaksin tersebut.
Harja jualan adalah dalam range $4.30 – $10 for two doses dan ini adalah antara vaksin termurah dalam pasaran.
Saham ASTRA ZANECCA yang listed di London Stock Exchange naik lebih kurang 35% sahaja since March 2020.
Walaupun tidak mengambil keuntungan, penghasilan vaksin ini dijangka akan menaikkan lagi profile company dan secara tak langsung akan membantu penjualan ubat-ubatan mereka.
JOHNSON & JOHNSON
Nama yang tak perlu diperkenalkan lagi sebab satu dunia dah kenal. JNJ punya vaksin Covid-19 agak special sikit sebab hanya memerlukan satu dose sahaja.
Dan apa lagi special adalah JNJ tidak mengambil keuntungan dari vaksin tersebut.
Ia dijual pada kadar harga $10 untuk satu dose dan hasil jualan untuk tahun 2021 dijangka mencecah $10 billion.
Saham JNJ telah melonjak 60% since March 2020 dan kenaikan ini dipacu oleh profit yang padu dari hasil penjualan medical devices untuk kegunaan hospital.
Boleh kata, lagi cepat hospital beroperasi seperti biasa (pre-covid), lagi baguslah outlook untuk saham JNJ.
Seharusnya kita celik dan sedar akan peluang yang ada dikala waktu mencabar ini. Pada saat ini, industri dunia perubatan memang sedang mendapat limpahan dari keadaan semasa.
Kesempitan kewangan mampu ditangani jika kita melabur atau menyimpan duit dalam syarikat yang terlibat. Carilah ilmu, insya’Allah ada jalannya.