
Pasaran Bursa Malaysia telah menjadi destinasi utama pelabur luar negara sejak pertengahan bulan August 2021.
On net basis, RM 2Billion telah masuk ke pasaran Bursa sejak 23 August 2021.
Untuk rekod, ini adalah tempoh pembelian paling panjang sejak 2017.
Memang lain macam cara mereka membeli tu guys.
Antara sektor utama yang mendapat tempias pelabur asing adalah sektor bank.
Ini kerana sektor bank adalah sektor yang menjadi tulang belakang pasaran Bursa Malaysia.
Selain itu, sektor bank merupakan proxy kepada prestasi ekonomi negara.
Apa yang membuatkan mereka masuk dalam Malaysia? Apa catalyst terbesar?
Ada beberapa catalysts yang boleh menjadi sebab kepada kemasukan pelabur luar ke Bursa.
Pertama, kadar vaccination yang tinggi.
Vaccination adalah jalan keluar untuk sesebuah negara membuka sektor ekonomi.
Kalau kita lihat kepada statistic terkini, vaccination coverage negara kita adalah antara terbaik di dunia.
Boleh kata setanding dengan negara besar seperti United States.
Vaccination tipping point mungkin akan berlaku sikit hari lagi.
Kedua, situasi politik yang sudah menjadi tenang.
Situasi politik dalam Malaysia menjadi tidak menentu apabila Perdana Menteri hilang majority.
Ramai pakar luar negara anggap, keadaan ini akan berlarutan dalam jangka masa yang lama kerana tiada seorang pun mempunyai sokongan majority.
Tetapi jangkaan ini silap kerana kita berjaya membentuk kerajaan dalam masa yang singkat tanpa kekacauan dan demonstrasi besar besaran.
Dasar kerajaan lama masih diteruskan dan ini telah meyakinkan pelabur.
Ketiga, kenyataan terbaru dari Chairman US Fed, Jerome Powell yang lebih dovish atau dalam bahasa mudah market friendly.
Sokongan terhadap ekonomi US akan di tarik tetapi pada kadar yang perlahan dan bergantung kepada data-data ekonomi.
Kenyataan ni jauh lebih positive dari jangkaan pelabur.
Secara tak langsung telah meningkatkan level liquidity dalam pasaran global.
Emerging market seperti Malaysia sudah pasti akan mendapat tempias dari lebihan liquidity pasaran global.
Ringgit telah melonjak ke paras tertinggi dalam 2 bulan.
Malah menjadi best performing currencies in the world.
Boleh kata ini adalah vote of confidence kepada pelabur global terhadap Malaysia.
High possibility trend ini akan terberterusan sehingga hujung tahun selari dengan pembukaan lebih banyak sector ekonomi.
Pembukaan ekonomi adalah catalyst terbesar yang boleh menarik lebih banyak pelabur asing ke dalam market kita.
Negara kita mungkin akan boleh kembali normal lebih awal dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Jom tengok sector dan saham yang mungkin akan mendapat tempias dari pembukaan ekonomi.
Saham ekonomi : CIMB, MAYBANK, RHB, PUBLIC BANK
Saham Travel and leisure: MAHB, AIRASIA, GENTING MALAYSIA
Saham Shopping Mall: PADINI, AEON, SUNWAY REITS, PAVILLION REITS
Saham pembukaan ekonomi global : PCHEM, PMETAL
Saham automotive: BAUTO, DRB, MBM
Pasaran Bursa Malaysia telah mengalami pengaliran wang asing yang agak agresif dari tahun 2015 lagi.
Oleh itu kebanyakan big-cap di Malaysia ni adalah under owned dimana pegangan pelabur asing adalah pada paras terendah dalam 5 tahun.
Ada juga possibility yang foreign funds akan play catch up untuk membeli balik pasaran Malaysia selepas lama menyepi.
Kalau benda ni jadi guys, bukan setakan 1800, 2000 pun boleh pergi.
Semoga info ini bermanfaat dan membantu anda.
