fbpx
Reading:
Cara Buka Akaun Islamic Untuk Saham Global

Cara Buka Akaun Islamic Untuk Saham Global

August 23, 2023

Kini anda boleh buka akaun saham global hanya guna Kad Pengenalan. Tiada lagi halangan buat suri rumah, yang bekerja sendiri atau yang tiada slip gaji untuk membuka akaun saham global.

Syarikat yang tawarkan perkhidmatan ini adalah MIDF Investment Bank. Broker Malaysia yang berlesen dan bertauliah dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Jadi, tidak perlu risau.

Kalau was-was dan tak puas hati juga, boleh terus pergi office MIDF di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Dan yang lagi best, mereka ada sediakan AKAUN ISLAMIK SAHAM GLOBAL. Dah tak perlu risau tentang STATUS SYARIAH sesuatu saham di pasaran global.

Selain itu, tiada minima deposit untuk buka akaun saham global. Brokerage fees buat masa ini 1.99usd per transaksi.

JOM ! Ikut langkah di bawah untuk buka akaun islamic saham global.

Langkah 1 : Download Apps MIDF INVEST

Anda perlu download dahulu apps MIDF Invest di Apps Store atau Google Play.

Klik button bawah ni untuk downdload sekiranya anda guna Android. (Samsung, Huawei, Xiaomi, Realme, Vivo, Oppo, Honor, Nokia, Sony, HTC)

Klik button bawah ini untuk download sekiranya anda guna Apple.

Langkah 2 : BUKA AKAUN MIDF INVEST

Follow step dalam gambar ini. Kami tunjukkan cara daftar akaun.

Setelah  itu, akaun anda memerlukan tempoh 48jam mereka proses dan verified. Kebiasaannya kurang 48jam dah boleh guna.

Langkah 3 : PENGESAHAN AKAUN BANK

Selepas mereka sudah proses permohonan anda untuk buka akaun, anda akan mendapat notifikasi untuk transfer RM1.00 sebagai pengesahan akaun.

Setelah selesai dan berjaya transfer RM1.00, anda dah boleh mula masukkan modal untuk beli saham dan mula trade.

RM1.00 anda tersebut akan dikembalikan semula ke dalam akaun bank anda dalam masa beberapa hari.

Semoga bermanfaat untuk anda & Selamat datang ke dunia pasaran global !

Sekiranya anda nak tahu cara nak guna, dan mahukan UPDATE TERKINI tentang pasaran saham global, anda boleh join group telegram kami.

Related Stories

August 14, 2023

Apakah Fibonacci? Bagaimana ia Berfungsi?

August 26, 2022

Ini Cara Untuk Beli Sendiri Saham Amazon

Arrow-up