fbpx
Reading:
IPO Mega Terus Cemerlang Hari Pertama Didagangkan

IPO Mega Terus Cemerlang Hari Pertama Didagangkan

March 24, 2022

Selepas MRDIY dan CTOS, kini giliran FARM FRESH pula untuk menyinar dengan debut yang padu, melonjak 27% pada hari pertama.

For the record, MRDIY dan CTOS telah mencatatkan kenaikan sebanyak 10% dan 40%, respectively, pada hari pertama didagangkan.

Winning streak dari IPO mega untuk Bursa Malaysia telah membuka mata banyak pihak.

Secara tak langsung mengubah sentiment terhadap IPO mega Malaysia yang lemau teruk sebelum ini.

Tahniah kepada CREADOR, sebab strategy yang mereka guna untuk MRDIY dan CTOS telah menjadi ikutan atau textbook kepada syarikat besar lain untuk masuk market.

Jerung Tetap Masuk Membeli

Walaupun dah naik dekat 30%, jerung-jerung tetap masuk untuk membeli FARM FRESH di open market.

Kemasukan jerung pada debut day ini sudah cukup untuk menggambarkan prospect yang ada pada FARM FRESH.

Game IPO ni memerlukan seni dan bukan semua arranger boleh buat.

Untuk mengawal jerung, arranger mesti pandai untuk mengawal expectation supaya book-building process menjadi win-win untuk syarikat dan juga pelabur.

Orang yang berada di luar ‘game IPO’ ini tak akan tahu, sebab process ini selalunya dilakukan belakang tabir dan semua yg terlibat mesti sign NDA.

Global Investors Juga Tertarik & Berminat

Interest from global investors boleh dikatakan strong juga kali ini, satu level dengan MRDIY dan CTOS.

Kalau tengok nature of business, FARM FRESH ni boleh kita sekalikan dengan Dutch lady dan juga F&N.

Demand utk product mereka dijangka stable regardless of economic situation.

Dengan ciri-ciri defensive ini, pelabur global jarang argue dari segi harga, siapa yang tak dapat IPO terus bantai je first day of trading.

Lagi satu, dengan market capitalization melebihi RM2 billlion ada potensi untuk FARM FRESH masuk ke index FTSE atau MSCI dalam next review.

Ini juga akan menarik minat jerung global.

Selalunya, kalau first day dah naik 30%, susah untuk dia kembali ke IPO price iaitu Rm1.35 sebab satu benchmark telah put di set pada hari pertama.

Arranger hanya mengeluarkan statistic untuk take-up rate retail investors sahaja, iaitu 18x oversubscribed.

Tapi tak kongsi take-up rate utk institutional investors yang mendapat portion lebih besar iaitu 80% of total share issued.

So take-up rate retail ni tak boleh nak dijadikan benchmark. Geng-geng jerung je tahu. Huhu..

Ok tips untuk tahu IPO tu akan naik atau tidak simple je. Kalau remiser atau broker korang blast hari-hari IPO tu dalam group, baik jangan beli.

Sebab IPO yang bagus ni, selalu jarang di promosi banyak kali, especially dari non-arranger broker atau broker kecil.

Dalam kes FARM FRESH, broker arranger, CIMB, pon susah nak bagi allocation apatah lagi broker bilis.

Related Stories

July 6, 2019

Apa Impak Darurat Kepada Pasaran Bursa Malaysia?

Sebab negara bukan dalam peperangan atau sedang bergelut dalam masalah yang luar dari pengetahuan kita.

November 13, 2021

Teknik Beli Guna Downtrend Line

Arrow-up