
Metaverse sebenarnya bukanlah suatu benda baru sebab technologi ini telah mula dibangunkan 10 tahun lalu oleh beberapa syarikat gergasi technologi dunia.
Sebagai contoh anda boleh tengok Microsoft Hololens yang telah dikeluarkan pada tahun 2016.
Ia menggunakan technologi Augmented Reality(AR) dan Virtual Reality(VR) untuk memudahkan syarikat global berhubung dan bekerja dalam satu bumbung walaupun terpisah puluhan ribu kilometer jaraknya.
Benda ini mampu menjimatkan cost serta memberi pengalaman bekerja yang lebih efficient dan effective.
Syarikat Bursa seperti SERBA DINAMIK pun sebenarnya dah ada MOU dengan Microsofit sekitar tahun 2017 – 2018 untuk menggunakan technology ini.
Kenapa hype Metaverse macam agak ganas kebelakangan ini?
Pasal ni, anda kena berterima kasih kepada Pandemic Covid-19. Ia telah mempercepatkan process R&D technology Metaverse.
Environment virtual telah menjadi platform utama untuk manusia berhubung sepanjang tempoh 2 tahun ini.
Dan dalam tempoh ini, ramai telah mula selesa dengan perubahan yang baru.
So, secara tak langsung, ia telah memberi idea yang baru kepada syarikat software dan hardware untuk mengembangkan technology ini dengan lebih pesat.
Bila banyak syarikat besar mula berlumba-lumba untuk mengembangkan technologi Metaverse ini, ia akan mencipta satu economic of scale dimana cost, efficiency dan pengalaman penggunaan akan menjadi lebih baik.
Sama seperti smartphone dan smart watch juga lah cerita dia. Dulu kemain mahal, tapi sekarang, harga semakin murah, technology semakin padu.
Technology metaverse atau penggunaan AR dan VR dijangka akan digunakan dalam urusan harian pada tahun 2030.
So, dengan rate of adoption yang laju ini dan market sebesar $8 trillion, banyak syarikat dijangkan akan mendapat manfaat dan naik seperti roket.
SAHAM SOFTWARE TECHNOLOGY DAN CLOUD SERVICES
Antara nama-nama bakal mendapat tempias adalah FACEBOOK, ROBLOX, SNAP, MICROSOFT, FASTLY, AUTODESK, UNITYSOFTWARE, VMWARE, TENCENT.
Semua syarikat ini berada di barisan hadapan dalam memberi platform, mencipta environment dan menyimpan data untuk memboleh dan mempercepatkankan adoption technology AR dan VR kepada orang ramai.
Meraka ni boleh kata brain atau pencetus utama kepada sector ini, so sudah pasti early movers akan mendapat tempias paling besar.
SAHAM HARDWARE
AAPL, HUAWEI, XIAOMI, SAMSUNG, SONY adalah antara syarikat hardware yang akan menjadi enabler kepada Metaverse.
Perkembangan hardware selalunya akan bergerak selari dengan perkembangan software sebagai contoh anda tengok lah semua apps yang ada dalam phone anda tu.
Satu lagi contoh, Camera menjadi semakin canggih sebab dunia virtual telah mula berkembang dengan pesat dan smartphone telah mula mengambil alih peranan laptop untuk melakukan kerja seharian.
So, syarikat yang mendominasi industry smartphone dan smart watch dijangka akan terus berkembang selari dengan metaverse.
SAHAM SEMICONDUCTOR
Penggunaan Metaverse secara besar besaran memerlukan hardware atau smart devices yang canggih dan juga data centre yang besar.
Untuk membina benda ni, mesti kena ada chip set yang padu. Ini adalah antara nama-nama top dalam industry semi-con; NVIDIA, AMD, MU, TSMC, FOXCONN, BROADCOM, TEXAS INSTRUMENT dan QUALCOM.
List panjang, tapi ini adalah antara yang padu.
Senang cerita, kalau atuk dan nenek di kampung dah mula sembang atau guna technology Metaverse, saham ini semua sudah pasti dah naik >500% dari hari article ini ditulis.
So, kalau korang nak buat duit atau gandakan simpanan korang, sila buat kajian saham yang terlibat. Kalau tiada ilmu tentang saham, sila cari dan belajar.
Atau anda boleh belajar direct dengan Stallion Brothers sendiri dalam program DoitSaham Online kami. Kelas penuh 1 hari untuk belajar Kuasai Pasaran Saham Global dan Bursa Malaysia.