fbpx
Reading:
Pemilik Tesla, Manusia Terkaya Dunia

Pemilik Tesla, Manusia Terkaya Dunia

July 7, 2019

Apa yang membuatkan saham Tesla Naik Macam Roket?

Pada tahun 2020, saham Tesla telah mancatatkan kenaikan sebanyak 700%. Dan setakat tahun 2021 pula, Tesla telah mencatatkan kenaikan sebanyak 30%.

Dengan prestasi yang padu ni, saham Tesla telah dinobatkan sebagai saham terbaik di pasaran saham dunia.

Persoalannya sekarang kenapa saham Tesla boleh naik menggila?

Apa business yang mereka buat sampai pelabur membeli saham dia sampai tak ingat dunia?

Ok kita mula dulu dengan sejarah Tesla ni. Tesla ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Martin Eberhad dan March Tarpenning.

Misi mereka adalah untuk membawa idea Electric Vehicle ke paras yang lebih tinggi.

Semasa dalam fasa mengumpul modal atau fund raising untuk memulakan syarikat, Elon Musk telah masuk dan menjadi pelabur terbesar dalam syarikat tersebut.

Dengan pelaburan sebesar $6.5 million, Elon Musk dilantik menjadi chairman dan juga board of director.

Misi Elon Musk adalah untuk menghasilkan Electric Vehicle (EV) mampu milik untuk penduduk dunia.

Elon Musk ni memang boleh kata environmental activist yang agak fanatic.

Saham Tesla mula menjejakkan kaki ke pasaran saham United States of America pada tahun 2010 dengan harga $17 se-unit.

Yang paling menarik, dari tahun 2010 sampai lah 2019, syarikat Tesla tidak pernah mencatatkan profit langsung.

Tahun 2020 adalah antara tahun pertama syarikat Tesla dijangka akan melaporkan keuntungan berjumlah $1.3 billion.

Saiz syarikat kemain besar sampai dah nak cecah $800 billion, tapi profit baru nak cecah $1 billion.

Untuk perspective, saiz syarikat Nvidia adalah $300 billion, profit lebih kurang $7 billion.

Google pula saiz syarikat $1trillion, profit lebih kurang $37 billion.

Tapi kenapa orang beli Tesla??? Apa yang bagus sangat???

Orang beli Tesla sebab syarikat ini mempunyai idea yang padu dan telah merevolusi kan industry automotive dunia.

Idea dan visi Elon Musk ni jauh lebih berharga sebab tu walaupun bertahun-tahun rugi, orang tetap beli.

Technology battery yang dihasilkan oleh Tesla memang jauh lebih efficient dari automotive players yang lain.

Ia dijangka akan menjadi penanda aras untuk syarikat automotive kereta yang lain.

Dengan kesedaran terhadap alam sekitar yang kian meningkat, Tesla dijangka akan terus mendapat sokongan yang padu dari masyarakat dunia.

Ramai yang menjangka Tesla mampu untuk mencapai misi untuk mengeluarkan kereta EV yang berkualiti dengan harga mampu milik selepas mereka membuka kilang gergasi di China.

Itu adalah kilang gergasi pertama Tesla di luar negara yang mampu menghasilkan 150,000 kenderaan setahun.

Tesla dijangka akan membuka banyak lagi kilang di serata dunia untuk melebarkan sayap mereka dalam jangka panjang.

Dengan inovasi yang berterusan, mungkin dalam beberapa tahun lagi harga Tesla mampu menjadi pesaing kepada syarikat gergasi kereta traditional dunia seperti Honda dan Toyota.



0 Comments

Leave a Reply

Related Stories

February 18, 2022

Ini Cara Untuk Kita Beli Sendiri Saham Rblox

November 13, 2021

Teknik Beli Guna Downtrend Line

January 6, 2022

Ini Cara Untuk Kita Beli Sendiri Saham GRAB

Arrow-up