
Saham gergasi China seperti ALIBABA, TENCENT, JD, MEITUAN dan BAIDU teleh mangalami kejatuhan melebihi 50% sejak awal tahun.
Kejatuhan ini disebabkan oleh crackdown besar-besaran kerajaan China kepada internet-based companies.
China’s regulatory crackdown ini telah memberi kesan yang besar terhadap super high growth companies di China. Kebanyakannya adalah dari sektor internet.
Dan antara misi kerajaan China adalah untuk mengetatkan kawalan industry internet yang dikatakan berkembang tanpa kawalan.
Antara langkah drastic kerajaan China adalah memperkenalkan undang-undang anti-monopoly.
Mengawal dan menghadkan pengumpulan data pengguna.
Mengawal masa permainan video untuk remaja bawah umur dan menggantung process IPO syarikat China di Wallstreet.
Siasatan, sekatan dan denda telah dikenakan kepada beberapa syarikat dan ini telah membantutkan perkembangan syarikat internet gergasi China.
Semua syarikat gergasi internet dari China telah mencatatkan kadar perkembangan yang padu.
Mula mendominasi dunia digital sejak tahun 2017.
Sebab tu banyak jerung gergasi dari US dan EUROPE mempunyai pegangan saham yang agak tinggi dalam syarikat China.
Malah mereka berlumba-lumba untuk membeli saham China.
Jerung keluar dari market China.
Tetapi selepas kerajaan China membuat crackdown besar-besaran, jerung-jerung besar mula rasa tidak selesa.
Mereka telah downgrade saham China ke underweight (negative).
Mereka merasakan risiko crackdown ini terlampau besar sehingga melabelkan saham China berada dalam state un-investable.
Bila jerung gergasi sudah mula menjual secara aggresif, ini telah mengakibatkan saham-saham internet China jatuh merudum.
Kejatuhan harga saham melebihi paras 50% untuk tahun 2021 dan ada juga sudah jatuh melepasi paras harga IPO.
Kejatuhan ini dijangka berterusan dan merebak ke sektor-sektor lain.
Kerana jerung besar ni macam dah tawar hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan China.
Sektor yang tidak ada kena mengena pun mendapat tempias.
Nak cari support level saham China ni kemain susah sebab sejak dari bulan January, support level semua dah bocor. Pantang naik sikit, jerung masuk untuk menjual.
Dari segi valuation memang dah murah sangat dah saham-saham gergasi China seperti ALIBABA, TENCENT, JD tu semua tapi dia boleh jadi lagi murah sebab level of hesitation dikalangan pelabur untuk membeli saham China adalah sangat tinggi.
Inilah benda yang kita panggil VALUE TRAP dimana saham tidak bergerak selari dengan prestasi kewangan syarikat kerana mempunyai risiko sampingan yang terlampau besar.
Benda ini berlaku diluar kawalan kita, dalam bahasa professional ia dipanggil SYSTEMATIC RISK.
Risiko yang memberi kesan kepada semua tanpa mengira saham atau industry.
Semoga info ini bermanfaat dan membantu anda.
