fbpx
Reading:
Teknik Beli Guna Downtrend Line

Teknik Beli Guna Downtrend Line

November 13, 2021

Dalam pasaran saham, pelabur dan trader menggunakan carta harga untuk membuat keputusan bila waktu yang terbaik untuk beli saham.

Ilmu ini terkandung dalam ilmu teknikal analisis.

Ada 3 jenis TREND harga sebenarnya.

Iaitu UPTREND, DOWNTREND dan SIDEWAYS.

Tapi dalam topik kali ini, kita nak fokus kepada DOWNTREND.

Cara yang betul untuk plot garisan DOWNTREND adalah dengan menggariskan dari atas candlestick harga.

Contoh DOWNTREND LINE

Tujuan kita gariskan DOWNTREND LINE adalah untuk memberi gambaran bahawa harga masih membuat kejatuhan.

Jadi, Macam Mana Nak Guna Downtrend Sebagai Signal Beli?

Secara psikologinya apabila harga mula break atau mula naik dan melepasi garisan DOWNTREND LINE, bermakna harga sedia untuk naik semula.

Waktu inilah waktu yang sesuai untuk kita mula membeli saham.

Kenapa harga naik?

Antara sebabnya pelabur mula membeli. Demand terhadap syarikat mula tinggi.

Mungkin syarikat ada katalis yang bagus yang mampu memberikan keuntungan kepada syarikat.

Begitulah kaedah pembelian menggunakan DOWNTREND LINE.

Semoga dapat beri manfaat dan menambah baik ilmu pelaburan saham anda.

Related Stories

July 5, 2021

100 Syarikat Mega UK Tak Terlawan 1 Syarikat Apple

Dari segi umur, saham Apple ni boleh dikatakan level ‘budak’ je kalau nak dibandingkan dengan saham-saham besar UK.

March 24, 2022

IPO Mega Terus Cemerlang Hari Pertama Didagangkan

Arrow-up